Rahsia Perniagaan Internet Terbongkar

" Ketahui rahsia-rahsia untuk membina perniagaan di internet yang terbukti berkesan dengan keuntungan melebihi RM 1,000,000... dari rumah! "

Google

Sunday, November 19, 2006

13 rahsia mendirikan perniaagan di internet

1) Modal yang agak rendah! Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi sehingga berjuta-juta ringgit untuk memulakan bisnes samaada dalam atau di peringkat antarabangsa.
2) Bisnes boleh dijalankan di keselesaan rumah bersama isteri dan anak-anak tersayang. Masa bersama keluarga, bertambah.
3) Sebahagian besar dapat dijalankan secara automatik. Jadi, anda boleh fokus kepada perkara-pekara yang lebih hebat dan menguntungkan!!
4) Bisnes internet tidak mempunyai sempadan dan halangan untuk anda berniaga. Macam saya orang Terengganu “ Terengganu Kite”!!, walau saya berada di Terengganu, saya boleh menjual craff tangan mengkuang kepada pelanggan di Afrika. Luarbiasakan!
5) Anda tak perlu pening-pening kepala memikirkan pasal nak bayar gaji pekerja, kos operasi, nak sewa bangunan kedai atau nak upah orang untuk kira duit. Dengan menggunakan perisian komputer dan kemudahan serta program di internet, anda dapat kurangkan jumlah pekerja anda atau tiada pekerja langsung!
6) Kos pemasaran yang rendah.
7) Kedai anda dapat beroperasi 24 jam sehari! Ketika anda sedang nyenyak tidur sekali pun, bisnes tetap berjalan. Sedar tak sedar, duit dalam akaun bank bertambah.., rezeki....tuhan bagi.....
8) Pelanggan anda berada di seluruh pelusuk dunia. Pasarannya meluas. Tak kira di mana anda dan pelanggan anda berada, Internet membolehkan proses jual beli dilakukan. Walau anda menjual produk yang hanya berharga RM 10 sahaja, tetapi cuba anda bayangkan, jikalau 300 pelanggan yang membeli pada bulan itu, pendapatan anda mencecah 4 angka! Pengguna internet di dunia pada Mac 2005 adalah 888 juta orang!
9) Anda lah bos dan anda juga merupakan pekerja!
10) Mudah dan murah untuk mencuba pasaran anda dan dapat mengurangkan kadar risiko kos bisnes baru.
11) Mendapat pulangan yang pantas! Hanya dalam beberapa jam sahaja selepas anda menjual produk dengan cara promosi yang berkesan.
12) Boleh membuat kajian pasaran dan mendapat maklum balas dari pelanggan dengan mudah dan pantas.
13) Tidak semestinya untuk berjaya dalam bisnes internet, anda perlu meluaskan pasaran ke tahap antarabangsa. Perniagaan tempatan pun juga dapat memberi pulangan yang sangat lumayan dengan cara menarik pelanggan tempatan.
Google